Home » Langit Terbuka » Solat hajat di semua masjid : JAKIM

Solat hajat di semua masjid : JAKIM

PUTRAJAYA, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat sejurus selepas solat Jumaat esok bagi memohon agar kualiti udara kembali pulih.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata beliau juga telah meminta masjid utama di bawah kelolaan Jakim iaitu Masjid negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk turut menunaikan solat hajat.

“Saya juga memohon kerjasama pihak majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri agar dapat mengadakan solat hajat di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat pukul 10 pagi tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus merosot dengan enam kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat melebihi 200, manakala 27 kawasan lagi dengan bacaan tidak sihat iaitu melebihi 100.
Bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Seberang Jaya 2, Perai iaitu 280, Bakar Arang, Sungai Petani (252), Kangar (247), USM, Pulau Pinang (244), Langkawi (242) dan Alor Setar (236). – Bernama

Sumber daripada www.ismaweb.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *