Home » Langit Terbuka » Solat hajat untuk Cikgu Azizan

Solat hajat untuk Cikgu Azizan

NILAI 18 Dis- Lebih 100 jemaah yang hadir menunaikan solat hajat untuk Azizan Manap atau lebih dikenal ‘Cikgu Azizan’ di Masjid Al-Azim, Taman Semarak malam tadi.

Selain ibu bapa dan penduduk, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak turut hadir dalam program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak.

Pada masa sama turut diadakan sesi pencerahan daripada NUTP dan PIBG berhubung kes terhabit.

Mengikut laman web www.pendidik2u.my, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi tiga lagi rakan lain, buli, memukul murid lain dan ponteng dengan memanjat pagar.

Sebutan kes diadakan pada 31 Oktober lalu diikuti 27 November bagi penyerahan dokumen pertuduhan, manakala esok adalah hari perbicaraan kes

Jika didapati bersalah, dia yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sejak beberapa hari lalu, kes Cikgu Azizan menjadi tular selepas gerakan dengan hashtag #PrayForCikguAzizan dilancarakan.

Difahamkan sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 102,212 orang menyatakan sokongan dan solidariti terhadap guru berkenaan.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *