Home » Langit Terbuka » Solat Jumaat hanya satu sesi

Solat Jumaat hanya satu sesi

Solat Jumaat dua sesi secara rasminya tidak dilaksanakan di Wilayah Persekutuan. - Foto PRB.com

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan hanya satu sesi solat Jumaat diadakan, sekali gus bertepatan dengan mazhab Shafie dan suasana negara ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata berikutan itu, jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat dalam masjid, ruang tepi dan kawasan sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP), iaitu penjarakan sosial.

Beliau berkata, solat Jumaat dua sesi secara rasminya tidak dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan tetap dengan satu sesi saja.

“Malah bagi jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat, mereka boleh melaksanakannya di surau terpilih,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini (4 Julai).

Zulkifli berkata, surau yang mahu mengadakan solat Jumaat perlu merujuk dan memohon kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Terdahulu Zulkifli merasmikan Projek Infaq Daging Kolaborasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Mitron Group Sdb Bhd untuk diedarkan kepada golongan memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini.

Menerusi program itu, sebanyak tiga kilogram daging diagihkan untuk 3,000 penerima di lapan lokasi yang dilaksanakan secara serentak bersamaan dengan nilai RM315,000.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff dan Pengarah Urusan Mitron Group Sdn Bhd, Dr Ahmad Rusydi Mohamad. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *