Home » Langit Terbuka » SOP haji akan dikemaskini

SOP haji akan dikemaskini

Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan berkenaan kuota haji dan umrah pada Mac ini, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Foto AlHijrahNews

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelakkan jemaah haji Malaysia dihalang daripada mengerjakan haji pada tahun ini.

Katanya, setakat ini Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MoTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah selesai menyediakan SOP ibadah haji Malaysia.

“Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan berkenaan kuota haji dan umrah pada Mac ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan bawah agensinya anjuran Persatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini pada 16 Februari.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ; Datuk Akbar Samon dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Sebanyak RM41,000 disediakan kepada 200 penerima golongan B40 bawah agensinya.

Katanya, setiap penerima mendapat sumbangan RM100 secara ‘one-off’ dan sumbangan barangan makanan berjumlah RM100 daripada JAWI Foodbank.

Sebelum ini media melaporkan, Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian, berkata kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *