Home » Langit Terbuka » SPAN cadang perluas produk cekap air di masjid

SPAN cadang perluas produk cekap air di masjid

Pengarah Eksekutif Jabatan Kawal Selia Air SPAN, Marzuki Mohammad berkata, melalui produk tersebut air dapat digunakan secara lebih cekap dan menjimatkan khususnya ketika cuaca panas dan kering. - Foto SPAN

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berharap penggunaan produk cekap air dapat diperluaskan di semua masjid seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Jabatan Kawal Selia Air SPAN, Marzuki Mohammad berkata, melalui produk tersebut air dapat digunakan secara lebih cekap dan menjimatkan khususnya ketika cuaca panas dan kering.

Menurutnya, di Selangor buat permulaan projek perintis bakal melibatkan tiga buah masjid iaitu Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Masjid As-salam, Puchong Perdana dan Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

“Jabatan Agama Islam Selangor memperuntukkan kira-kira RM20,000 kepada setiap masjid untuk pemasangan pili wuduk cekap air bagi menggantikan produk sedia ada.

“Dengan mengambil kira penggunaan keseluruhan air di Masjid Bandar Tun Huseein Onn, purata penjimatan penggunaan dan bil sepanjang tempoh empat minggu adalah sebanyak 27 peratus,” katanya dalam sidang akhbar berhubung projek perintis penggunaan produk cekap air di tiga masjid di negeri Selangor di sini hari ini.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *