Home » Langit Terbuka » SPRM Beku 900 Akaun Bank

SPRM Beku 900 Akaun Bank

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membekukan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber berkata, antara akaun yang dibekukan itu adalah milik UMNO.

“Mereka yang mendapati tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka sejak beberapa hari lalu, termasuk individu yang disiasat adalah kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB,” kata sumber itu.

Di Johor Bahru, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam, mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan semula.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan perkara itu semalam dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti dibekukan tidak lama lagi.

“Semalam (kelmarin) keluar surat, hari ini (akaun) kena beku,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Johor di sini, semalam. – HARIAN METRO ONLINE

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *