Home » Langit Terbuka » SPRM tahan Datuk Seri, anak

SPRM tahan Datuk Seri, anak

KUALA LUMPUR 11 April : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Datuk Seri dan anaknya yang bergelar Datuk daripada syarikat pemaju hartanah di Pulau Pinang berhubung siasatan skandal tanah membabitkan Yayasan Bumiputera Pulau Pinang Berhad, hari ini. Sumber berkata, Datuk Seri berusia 74 tahun itu yang juga penasihat syarikat pemaju terbabit ditangkap di Pejabat SPRM Pulau Pinang manakala anaknya, 47, yang juga pengarah urusan syarikat itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
“Kedua-dua tangkapan itu dibuat kira-kira 7 malam tadi ketika mereka hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Kedua-dua suspek terbabit dipercayai menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan berkenaan tanpa melalui proses dan tatacara ditetapkan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal.
“Perbuatan mereka dipercayai mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan tersebut sejak beberapa tahun lalu.
“Syarikat pemaju hartanah yang berpengkalan di Georgetown, Pulau Pinang itu didapati membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di Bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah,” katanya.
Tangkapan itu susulan daripada siasatan SPRM yang menahan pemegang amanah yayasan terbabit di Pulau Pinang pada 29 Mac lalu kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok untuk direman.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi,” katanya.-www.hmetro.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *