Home » Langit Terbuka » Status istimewa dua masjid London

Status istimewa dua masjid London

Masjid Shah Jahan

LONDON: Dua masjid di London menerima status khas sebagai pengiktirafan kepentingan seni bina dan sejarahnya, menunjukkan pengiktirafan kerajaan Britain terhadap warisan budaya masyarakat Islam di negara itu.

Masjid Pusat London ditadbir Pusat Kebudayaan Islam di Regent’s Park di tengah London dan Masjid Fazl di Southfields, disenaraikan sebagai bangunan Gred II oleh Jabatan Warisan Britain.

Status khas itu dianugerahkan hanya kepada 5.8 peratus daripada kira-kira 500,000 bangunan tersenarai di England kerana dianggap tapak penting.

“Melalui penyeraian masjid yang indah itu, kami bukan saja memelihara tempat ibadat tetapi juga meraikan kekayaan warisan masyarakat Islam di negara ini,” kata Menteri Warisan, Michael Ellis.

Dana untuk menubuhkan masjid di tengah London itu dimulakan pada 1910, namun lokasinya di Regent’s Park itu hanya dipilih pada 1940 sebelum siap dibina pada 1977.

Masjid Fazl adalah ibu pejabat komuniti Islam berfahaman Ahmadiah dan menjadi masjid pertama dibina di London yang dibuka pada 1926.

Menurut Jabatan Warisan Britain, ada kira-kira 1,500 masjid di negara itu.

Sementara itu, Masjid Shah Jahan yang di bina pada 1889 di Woking, barat daya London, dinaik taraf kepada Gred 1, setaraf dengan Istana Buckingham. – AFP

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *