Home » Langit Terbuka » Tiga suspek pengeboman masjid di Minnesota, ditahan

Tiga suspek pengeboman masjid di Minnesota, ditahan

Pusat Islam Dar al-Farooq di Bloomington, Minnesota, menjadi sasaran pengeboman . Foto : KSTP-TV

WASHINGTON – Tiga suspek kes serangan dan pemboman sebuah masjid di pinggiran Minneapolis, Amerika Syarikat, tahun lalu, akhirnya ditahan pihak berkuasa  pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, pejabat pendakwaandi Springfield menyatakan, bahawa ketiga-tiga individu berkenaan dikenali sebagai Michael B. Hari, 47, Joe Morris, 22 dan Michael McWhorter, 29.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga mereka menghadapi tuduhan memiliki senjata api senapang dan mereka juga didakwa cuba mengebom sebuah klinik di Illinois pada November lalu.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, Ellis Mack, 18, turut ditahankerana memiliki sebuah senjata api, namun, kes itu tidak, diklasifikasikan sebagai pengeboman atau atau percubaan untuk melakukan pengeboman.

Pada Ogos 2017 lalu, Pusat Islam Dar al-Farooq di Bloomington, Minnesota, menjadi sasaran pengeboman, ketika  umat Islam sedang melaksanakan solat Subuh.

Pihak polis Bloomington menjelaskan, dalam kejadian itu, bom berkenaan hanya merosakkan pejabat   imam tetapi kebakaran yang berlaku dapat dipadamkan oleh para jemaah sebelum pasukan bomba tiba.

“Seorang saksi telah melihat ada sesuatu objek yang dilemparkan ke arah tingkap pejabat imam dari sebuah van atau trak sebelum berlaku ledakan,” kata Pengarah Masyarakat Muslim Amerika di Minnesota, Asad Zaman.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif masjid, Mohamed Umar,  berkata, kendaraan tersebut segera bergerak dengan laju sejurus selepas mereka melemparkan objek berkenaan ke tingkap pejabat imam.

Omar berkata, masjid yang didominasi oleh orang-orang Somalia itu juga mendapat ancaman melalui telefon dan emel.

Dalam perkembangan lain,  Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) mengumumkan ganjaran bernilai US$10,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan informasi berkaitan serangan berkenaan. Majlis berkenaan turut mengingatkan masjid-masjid dan pusat Islam seluruh Amerika Syarikat supaya meningkatkan tahap keselamatan. REPUBLIKA

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *