Home » Citra Yadim » Street Dakwah DMY bersama bro Firdaus Wong

Street Dakwah DMY bersama bro Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Pelatih akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (ADMY) kini memasuki fasa mentoring bersama felow mereka.

Hujung minggu ini (20 dan 21 November) merupakan tugasan street dakwah bersama Felow ADMY, bro Firdaus Wong di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sebelum mengadakan program ini,  anggota Multi Racial Reverterted Muslims (MRM) di bawah Firdaus Wong telah melatih pelatih ADMY terlebih dahulu.

Bagi program ini, ADMY menyasarkan pelbagai latar belakang bangsa dan agama, bagi membolehkan mereka merasai pengalaman sebenar berdakwah.

Aktiviti 24 pelatih ini dinilai semasa tugasan ini dilaksanakan.

TV Al Hijrah selaku rakan kerjasama, turut terlibat dalam program ini.

Esok (22 November) akan bermula kelas di Universiti Multimedia dan mereka akan diberi pula tugasan dari seorang lagi Felow ADMY, Datuk Dr Fadzillah Kamsah.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *