Kem Ibadah SAY Kuala Langat bersama anak-anak yatim

SIJANGKANG – Sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat bersama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang telah mengadakan program Motivasi dan Kem Ibadah. Program dua hari satu malam ini berlangsung pada 20 hingga 21 November. Antara pengisian program ini termasuklah tazkirah serta sesi pengajian fardhu ain dan fardhu kifayah […]

Pelancaran Sukarelawan YADIM Betong, sumbangan di Kampung Tuie

BETONG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) melebarkan sayapnya ke kawasan ini pula. Majlis pelancaran ini merupakan program keempat dalam Kembara MahabahYADIM Sarawak. YADIM diwakili oleh pegawainya, Zamri Bali. Membacakan teks ucapan Pengarah YADIM Negeri Sarawak , Zamri berkata pihaknya bersetuju mempertimbangkan permohonan program sukan seperti yang dipohon untuk dijadikan  projek pertama Sukarelawan Yadim […]

Free market untuk penduduk Taman Ampangan

SEREMBAN – Selepas Tanjung Dahan, Melaka, free market anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diadakan pula di Surau Musa’bul Khair, Taman Ampangan di sini. Dengan kerjasama penduduk tempatan dan rakan rakan badan bukan kerajaan, ia membantu mereka yang memerlukan dengan pemberian sayuran dan lain lain  barangan dapur setiap Jumaat atau Ahad secara percuma. Ia dibuka […]

YADIM tandatangani kolaborasi strategik dengan PUO

IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mengorak langkah dalam usaha memperkasa kepimpinan anak muda di negara ini. Terbaharu, badan dakwah ini telah menandatangani sijil kolaborasi strategik dengan politeknik Ungku Omar (PUO) di sini bagi tujuan tersebut. Mewakili YADIM dalam majlis ini ialah Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan manakala PUO oleh pengarahnya, TS Haji […]

Street Dakwah DMY bersama bro Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Pelatih akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (ADMY) kini memasuki fasa mentoring bersama felow mereka. Hujung minggu ini (20 dan 21 November) merupakan tugasan street dakwah bersama Felow ADMY, bro Firdaus Wong di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sebelum mengadakan program ini,  anggota Multi Racial Reverterted Muslims (MRM) di bawah Firdaus […]

Program Bersama Chef
Hidangan “Dari Hotel Ke Masjid” sempena Bulan Dakwah YADIM 2.0

KOTA KINABALU – Seramai 30 orang peserta mewakili beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri Sabah telah menyertai program Bersama ChefHidangan “Dari Hotel Ke Masjid” yang diadakan pada 20 November. Objektif program yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah mempelbagai kaedah dalam menyampaikan dakwah, meneruskan kerjasama strategik antara agensi dan NGO di […]