Home » Langit Terbuka » SULH BERJAYA SELESAIKAN 15,294 KES PERTIKAIAN SECARA BAIK

SULH BERJAYA SELESAIKAN 15,294 KES PERTIKAIAN SECARA BAIK

Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menunjukkan 72 peratus atau bersamaan 15,294 kes pertikaian sepanjang 2019-2022 berjaya mencapai persetujuan secara baik selepas melalui prosiding sulh. - Foto JKSM

KUALA LUMPUR – Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menunjukkan 72 peratus atau bersamaan 15,294 kes pertikaian sepanjang 2019-2022 berjaya mencapai persetujuan secara baik selepas melalui prosiding sulh.

Antara kes yang dikehendaki menjalani prosiding Sulh termasuklah nafkah isteri, nafkah anak, idah, mut’ah, harta sepencarian, hadhanah, ganti rugi pertunangan, ganti rugi perkahwinan dan tuntutan kembali taat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata melalui kaedah Sulh yang diperkenalkan sejak 2002, pihak Mahkamah Syariah dapat memberi keadilan segera dan memendekkan masa penyelesaian sesuatu kes.

“Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa ada pegawai-pegawai Sulh yang berkemahiran dan kompeten,” katanya dalam catatan di Facebook selepas hadir program Out Reach Sulh di Putrajaya.

Sulh merupakan salah satu alternatif penyelesaian kes secara efektif selain kaedah perbicaraan.

Menurut JKSM, pihak-pihak yang memfailkan tuntutan selepas perceraian di Mahkamah Syariah dikehendaki untuk menjalani proses Sulh bagi menyelesaikan pertikaian secara baik sepertimana yang termaktub menurut seksyen 99, Akta tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 (Akta 585).

Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat yang enggan menghadiri prosiding tersebut atas faktor keegoan dan kejahilan.

Oleh sebab itu, penganjuran program seperti Out Reach Sulh dilaksanakan JKSM bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat terhadap proses Sulh. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *