Home » Langit Terbuka » Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah

Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah

Sultan Kedah bertitah, pendekatan rahmah haruslah diterjemahkan bagi membela golongan kanak-kanak, orang tua, wanita, fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang kurang upaya dan pesakit kronik, malah haiwan serta alam sekitar. - Foto Bernama

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Negara Rahmah khususnya melalui pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah berteraskan ajaran Islam sebenar sejajar tema Maal Hijrah, Negara Rahmah Ummah Sejahtera tahun ini.

Sultan Sallehuddin bertitah bahawa Negara Rahmah harus meliputi agenda reformasi pemikiran, pemurnian semula falsafah kehidupan dan pelaksanaan pendekatan pengurusan ummah yang menggunakan acuan menyeluruh demi membawa matlamat kesejahteraan hidup, keharmonian dan keprihatinan terhadap semua makhluk.

Baginda menegaskan, pendekatan rahmah juga haruslah diterjemahkan bagi membela golongan kanak-kanak, orang tua, wanita, fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik, malah haiwan serta alam sekitar.

“Pendekatan diperkenalkan berkenaan wajar diterima semua pihak tanpa mengira fahaman dan warna politik demi mencapai status negara maju terutamanya dalam menyerlahkan kesyumulan, Islam yang relevan serta sesuai sepanjang zaman.

“Bahkan, dunia Islam hari ini menaruh harapan tinggi agar Malaysia menjadi model negara Islam moden yang berprestasi tinggi serta mementingkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” titah baginda sempena Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini.

Berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff,Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *