Home » Langit Terbuka » Sultan Kelantan diisytihar Yang di-Pertuan Agong Ke-15

Sultan Kelantan diisytihar Yang di-Pertuan Agong Ke-15

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara esok.

Upacara sambutan di ibu negara dijadual bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Kelantan, 47, itu akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri, Datin Seri Raya Erom.

Menurut buku atur cara istiadat, rombongan diraja kemudiannya akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Me­layu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan esok ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktoberlepas dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun bermula esok.

Upacara sambutan dan pengisytiharan Seri Paduka akan di­siarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televi­syen Malaysia. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *