Home » Citra Yadim » Sumbangan 1,000 beg sempena kembali ke sekolah

Sumbangan 1,000 beg sempena kembali ke sekolah

PULAU CAREY – Sejumlah 1,000 beg sekolah akan diagihkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam inisiatif membantu golongan memerlukan sempena pembukaan semula sekolah di seluruh negara bermula 1 Mac ini.
Sumbangan bernilai RM30,000 itu akan diagihkan kepada pelajar – pelajar diperingkat rendah dan menengah sebagai satu inisiatif YADIM Peduli kepada golongan yang terjejas dengan Covid-19 diseluruh negara.
Program ini dimulakan hari ini (25 Februari) dengan penyerahan sebanyak 100 beg sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar, Banting dan Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A) di sini.
Mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris.
Program ini seterusnya akan diadakan di Gambang pada 27 Februari melibatkan kehadiran Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan.
Pada hari yang sama, agihan juga akan diadakan di Batu Kurau Perak kepada asnaf yang memerlukan di sana.
Pada 28 Februari pula, akan diadakan agihan untuk pelajar sekolah di Sungai Tiram,Teluk Kabong Tanjung, Puteri, dan Kampung Pasir Putih, Johor.
Selain beg sekolah, mereka yang disantuni juga akan menerima alat tulis dan cecair pembasmi kuman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *