Home » Citra Yadim » Telekung Solat Untuk Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Sayap

Telekung Solat Untuk Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Sayap

HULU BESUT – Seramai 10 keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Sayap di sini, menerima sumbangan telekung dan barangan keperluan harian menerusi program Musaádah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.
Program yang dilaksana bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan menunaikan solat dikalangan warga Orang Asli ini mendapat kerjasama Intsitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Hulu Besut, Akademi Didik Ulamak & Amilin Terengganu (DUAT), Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Hulu Besut dan disertai oleh Sukarelawan
YADIM Hulu Besut.
Selain penyerahan sumbangan, turut diadakan ialah Tazkirah Motivasi Penghayatan Solat. Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.
Masyarakat Orang Asli yang ditemui, mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan sumbangan kepada mereka dan berharap usaha seperti ini digiatkan lagi.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *