Home » Citra Yadim » YADIM edar 600 pek bubur lambuk di Semungkis

YADIM edar 600 pek bubur lambuk di Semungkis

HULU LANGAT – Bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini, badan dakwah ini pada 4 Mei telah mengadakan program YADIM Peduli: Sumbangan untuk Rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Hulu Langat

Seawal jam 9 pagi, kerja kerja menyediakan dan memasak bubur lambuk telah dimulakan di INDAH.

Hampir 15 kakitangan badan dakwah ini bergotong royong menyediakan juadah berkenaan.

Menariknya, selain bubur lambuk biasa, ia turut disediakan dalam menurut cara ‘pantai Timur’ yang mengandungi lebih banyak ulam dan herba.

Agihan sebanyak 600 pek bubur bermula selepas jam tiga petang. Antara lokasi edaran ialah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Rumah Anak Yatim Al Hidayah dan Al Hijrah, Pusat Pengajian Hayatul Uloom serta bazar Ramadan di Dusun Tua di sini.

Turut disampaikan di Rumah Anak Yatim Al Hidayah dan Al Hijrah serta Pusat Pengajian Hayatul Uloom ialah sumbangan wang tunai daripada badan dakwah ini.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta pengurusan badan dakwah ini.

Program ini berakhir dengan para urusetia berbuka puasa bersama di Indah.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *