Home » Citra Yadim » Sumbangan Kembali Ke Sekolah SAY Kuala Langat

Sumbangan Kembali Ke Sekolah SAY Kuala Langat

SESI Persekolahan yang baharu bakal bermula tidak lama lagi. Cakna dengan situasi itu, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat telah mengadakan program sumbangan Kembali Ke Sekolah kepada mereka yang memerlukan baru baru ini.
Seramai 15 pelajar dari Kampung Sijangkang, Kampung Medan, Kampung Kelanang dan Kampung Sungai Buaya di Kuala Langat menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob, Encik Rasid Yusop dan Puan Shuhadah Abdullah.
Turut disampaikan ialah barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka.
Program ini ialah antara inisiatif menyantuni masyarakat oleh SAY Kuala Langat selain sumbangan makanan yang diadakan setiap Jumaat oleh mereka.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *