Home » Citra Yadim » Sumbangan kepada 30 keluarga di Manggatal

Sumbangan kepada 30 keluarga di Manggatal

YADIM menyantuni 30 keluarga asnaf yang memerlukan di Masjid An-Nur Kampung Rampayan, Manggatal pada 22 Jun.

Diadakan sempena program Siaran Langsung Forum Anjung At Taqwa bersama Sabah.FM, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada wakil wakil keluarga berkenaan.

Terdahulu forum selama sejam itu menampilkan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibul Fadilah Datuk Ustaz Haji Abdul Manap Lakariba dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin sebagai ahli panel manakala Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Haji Daud bertindak selaku moderator.

Lebih 300 jemaah memenuhi ruang masjid sejak sebelum Maghrib lagi bagi mengikuti majlis ini.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *