Home » Citra Yadim » Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab Temerloh

Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab Temerloh

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Pahang dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Temerloh pada 1 Mei menziarahi dan menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab di sini.

Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.

Seterusnya diadakan sumbangan wang tunai dan kuih raya kepada 20 orang anak yatim serta tiga kotak makanan Musa’adah kepada tiga pendidik rumah anak yatim tersebut.

Petugas YADIM Pahang juga berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama warga Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman.

Hadir sama ke majlis ini ialah pengetua rumah ini, Ustaz Mohammad Hafizul Mohd Azami dan dua tenaga pendidik iaitu Ustaz Muhammad Aziman Khairudin dan Ustaz Muhammad Adli Arshad.

Program ini ialah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *