Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk Orang Asli Batu 14 Gambang

Sumbangan untuk Orang Asli Batu 14 Gambang

GAMBANG – Seramai 67 keluarga di Kampung Orang Asli Batu 14 di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 14 Mac.

Meskipun hanya 15 keluarga daripada jumlah keseluruhan yang disantuni sudah memeluk Islam, namun program ini tetap dijalankan sesuai dengan hasrat gerak kerja badan dakwah ini yang menyantuni semua.

Mereka menerima sumbangan kit barangan keperluan YADIM yang mengandungi beras, bihun, biskut, tepung gandum, gula, sos cili, kicap dan kordial.

Dalam program yang dijalankan di Surau Al-Jauhari di perkampungan tersebut, Pengarah YADIM Pahang Ustaz Hazmi Dibok dalam ucapannnya memperkenalkan YADIM kepada para penduduk yang hadir disamping menjelaskan bahawa antara peranan badan dakwah ini ialah mendidik orang Islam yang jauh dan leka agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar serta menyeru dan mengajak orang bukan Islam kepada agama Islam.

Tambahnya,  sekiranya mereka yang bukan Islam tidak bersedia menerima Islam, sekurang-kurangnya mereka memiliki pandangan yang baik terhadap Islam sebagai agama rasmi persekutuan, menerusi penerangan YADIM.

Tok Batin Kampung Orang Asli tersebut pula berharap agar penekanan diberi kepada aspek pendidikan untuk orang di kawasannya yang memeluk Islam nanti dan tidak ditinggalkan begitu saja.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *