Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk petugas misi menyelamat bot karam, pemancing hilang

Sumbangan untuk petugas misi menyelamat bot karam, pemancing hilang

TELAGA AIR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Sukarelawan YADIM (SAY Sarawak pada 7 Oktober telah menyampaikan sumbangan air minuman dan minuman ringan kepada para petugas yang terlibat dalam misi pencarian mangsa bot karam sejak 2 Oktober  di sini.

Sebanyak 15 karton air mineral dan 10 karton air minuman tin telah disampaikan oleh wakil YADIM Sarawak, Zamri Bali kepada Timbalan Komander Operasi dari Balai Bomba Petra Jaya Tuan Latif Iring, untuk diagihkan kepada barisan para petugas yang kini sudah bertugas memasuki hari keenam.

Sumbangan tersebut adalah sebagai sokongan daripada YADIM kepada barisan petugas penguatkuasa yang terlibat dan bertungkus lumus dalam misi pencarian mangsa yang masih belum ditemui.

Selain itu, sumbangan tersebut turut disampaikan kepada petugas RTM dan media yang membuat liputan di kawasan ini.

Pada 2 Oktober yang lalu Balai Bomba dan Penyelamat Sarawak telah menerima panggilan kecemasan pada jam 12.17 tengahari berkaitan kejadian melibatkan sebuah bot karam dinaiki 10 orang pemancing dipercayai berada di lokasi kedudukan perairan Barat Laut Pulau Satang dengan anggaran jarak 20 batu nautika.

Sembilan daripada mangsa telah berjaya ditemui oleh dan diselamatkan oleh nelayan manakala pembantu tekong bot nahas berkenaan, Allahyarham Awang Omar telah disahkan meninggal dunia akibat lemas dan jenazah telah ditemui semalam.

Bagi kes kedua pula melibatkan sebuah bot pemancing yang dinaiki oleh lima orang termasuk tekong bot yang masih belum dijumpai dan dipercayai hilang di kawasan perairan tukun Terumbu Bas.

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Marin.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *