Home » Langit Terbuka » YADIM sasar 3,000 program sepanjang Bulan Dakwah

YADIM sasar 3,000 program sepanjang Bulan Dakwah

Antara program besar yang bakal dilaksanakan dalam Bulan Dakwah 2.0 ialah Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti Sirah Al Nabawiyah Al Rahiq Maukhtum, Akademi Daie Muda YADIM dan Bengkel Murobbi Rakan Belia YADIM Peringkat Kebangsaan. - Foto YADIM

PUTRAJAYA – Bagi meningkatkan gerakan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan melaksanakan 3,000 program sepanjang Bulan Dakwah 2.0 bermula dari 8 Oktober hingga 31 Disember ini.

 

 

Program yang diadakan di seluruh negara ini bertujuan untuk melestari gerakan dakwah dengan pengisian yang lebih bertenaga berbanding 2,000 program tahun lepas.

 

Antara program besar yang bakal dilaksanakan ialah Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti Sirah Al Nabawiyah Al Rahiq Maukhtum, (sebuah kitab pengkisahan junjungan besar Nabi Muhammad SAW), Akademi Daie Muda YADIM dan Bengkel Murobbi Rakan Belia YADIM Peringkat Kebangsaan.

 

Turut akan diadakan ialah Konvensyen Dakwah Negara 2021, Program Motivasi Khas Ujian Penilaian Kelas KAFA, Kursus Fundamentals & Basics Of Interfaith (FBI), program bersama penghuni penjara, kembara dakwah, menyantuni golongan rentan, program kesukarelawanan bersama golongan selebriti dan lain lain lagi acara di seluruh negara.

 

Bulan Dakwah dianjurkan bertujuan menjadikan dakwah sebagai budaya masyarakat untuk menyeru ke arah kebaikan dan menonjolkan keindahan Islam, melahirkan pendakwah yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi serta mempunyai kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah.

 

Ia turut bertujuan menjalin jaringan dengan pelbagai pihak sama ada di peringkat agensi, badan bukan kerajaan dan aktivis dakwah bagi menyemarakkan kegiatan dakwah kepada masyarakat.

 

Program YADIM turut mendapat kerjasama daripada agensi-agensi agama Islam persekutuan, pihak berkuasa agama Islam negeri, pihak berkuasa tempatan serta rakan rakan media.

 

Pelancaran program akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Haji Idris Haji Ahmad secara langsung di TV Al Hijrah pada 8 Oktober jam 9 malam.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengisian program, orang ramai boleh layari laman Facebook YADIM https://m.facebook.com/yadimmalaysia/ – Sinar Harian

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *