Home » Citra Yadim » Sumbangan YADIM Sabah untuk Penjara Kota Kinabalu

Sumbangan YADIM Sabah untuk Penjara Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Selepas di utara semenanjung, kini giliran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menyantuni komuniti penjara.

Pada 12 November, YADIM Sabah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah telah menyerahkan sumbangan untuk keluarga kakitangan Penjara Kota Kinabalu di sini.

Sumbangan telah diterima oleh  Pengarah Penjara Sabah dan Labuan, Nora Musa. Hadir sama ialah Pengarah LPPKN Sabah Suraya Ghazali.

Mewakili YADIM Sabah ialah Pengarahnya, Samin Ongki.

Antara yang disumbangkan ialah pelitup muka, pembasmi kuman, air mineral, sabun cecair, apron, tisu dan lain lain lagi.

Dalam pada itu, pada hari yang sama juga, YADIM Sabah turut menghulurkan sumbangan kepada Masjid Bukit Padang dan Masjid Al Baari, Taman Ketiau. Keduanya menerima 20 pek beras dan 20 papan telur.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *