Home » Citra Yadim » YADIM hantar surat bantahan gesa batal ABPBH

YADIM hantar surat bantahan gesa batal ABPBH

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 12 November telah menghantar surat menggesa penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dibatalkan.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Mohd Zai Mustafa. Turut sama ialah Penolong Setiausaha Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Saifullah Baiduri dan Setiausaha Ummah Melaka merangkap Pegawai Khas Pengerusi Ummah Pusat, Samsul Bahrin Mohd Saad yang juga menghantar surat bantahan mereka.

Surat tersebut diterima oleh Pegawai Tugas Tugas Khas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohamad Iqbal Haji Mahashim  di pejabat di sini.

YADIM menggesa agar ABPBH yang dijadualkan diadakan 13 November ini dibatalkan penganjurannya dan diganti dengan rancangan lain yang lebih sesuai, di saat negara ketika ini sedang berusaha keras mengawal penularan Covid-19.

Pembatalan ini menurut YADIM melambangkan ketegasan kerajaan membendung penularan Covid-19 dengan tidak membenarkan sebarang perhimpunan besar besaran.

Terdahulu pada hari yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohd Al Bakri telah mengunjungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Saifuddin Abdullah bagi berkongsi beberapa buah fikiran dan pandangan beliau berhubung penganjuran program hiburan yang tular kebelakangan ini.

Dr Zulkifli antara lain menjelaskan pendirian Islam yang tidak menolak sebarang bentuk hiburan yang tidak bertentangan dengan agama.

Menurutnya, hiburan yang tidak berlebihan, apatah lagi dalam kaedah psikoterapi yang menerapkan elemen agama, adalah satu bentuk pendekatan yang amat baik.

YADIM menerima banyak pandangan dan respon yang menggesa agar program berbentuk hiburan ketika ini tidak diutamakan pihak berkuasa.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *