Home » Langit Terbuka » Surau bukan di bawah seliaan pihak berkuasa agama negeri tidak boleh dibuka ketika PKPB

Surau bukan di bawah seliaan pihak berkuasa agama negeri tidak boleh dibuka ketika PKPB

Menurut JAKIM, surau yang tidak dibenarkan beroperasi adalah yang terletak di pasar raya, hentian Rehat dan Rawat di lebuh raya, pejabat dan seumpamanya.- Foto JobCari

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan surau yang bukan di bawah seliaan pihak berkuasa agama negeri tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perkara itu dinyatakan dalam Soalan Lazim (FAQ) ditetapkan Jakim sepanjang tempoh arahan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam hingga 27 Oktober depan.

Menurut FAQ berkenaan, surau yang tidak dibenarkan beroperasi itu adalah yang terletak di pasar raya, hentian Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya, pejabat dan seumpamanya.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa agama negeri boleh memberi kebenaran kepada surau-surau berkenaan untuk didirikan solat dengan arahan dan prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Pihak majikan boleh mengambil tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan solat khusus buat pekerja muslim. Solat boleh ditunaikan di mana-mana sahaja dengan syarat-syarat tertentu seperti berwuduk, suci pakaian dan tempat solat, menutup aurat serta menghadap kiblat,” katanya.

Maklumat lanjut berkaitan aktiviti keagaman di masjid dan surau sepanjang PKPB boleh diperolehi menerusi pautan http://www.islam.gov.my/pengumuman/2677-soalan-lazim-faq-perintah-kawalan-pergerakan-bersyarat-pkpb-aktiviti-keagamaan-di-masjid-dan-surau. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *