Home » Citra Yadim » Sumbangan makan tengah hari untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM Sabah

Sumbangan makan tengah hari untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM Sabah

KINARUT – Sebanyak 200 pek makanan tengahari dan air mineral disumbangkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah kepada petugas barisan hadapan di negeri ini di beberapa lokasi sekatan jalan raya terpilih.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Yang Berhormat Dr Aliakbar Gulasan.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Papar, Tuan Ghulam Rasul Hapil, Timbalan Pengerusi Sabah Releif Ustaz Tarmizi Mohd Yahya, Ketua Polis Daerah Papar, DSP Bathomolow AK Umpit dan Penolong Pegawai Daerah Papar, AK Raimy Pg Abd Rahman serta Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud.
Dr Aliakbar menyifatkan usaha menyantuni para petugas ini, yang kini mengadakan sekatan jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai sesuatu yang mulia dan wajar dipuji.
“Terima kasih kepada YADIM yang saya kira ini satu program yang sangat bermanfaat dalam menyantuni barisan hadapan yang bertugas tanpa mengira masa,” ujarnya ketika ditemui di sini pada 16 Oktober.
Ghulam Rasul turut senada dengan Dr Aliakbar apabila berkata, walaupun nampak kecil dan tidak seberapa, namun sumbangan ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada anggota yang bertugas.
DSP Bathlomow turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan sumbangan kepada pihaknya.
Menurutnya, terdapat lapan anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Rela yang bertugas mengikut tiga shif di setiap sekatan jalan raya yang diadakan ketika PKPB di sini.
Selain sumbangan makan tengah hari ini, YADIM Sabah turut akan menyumbang lebih RM46,000 dalam bentuk pelbagai peralatan kepada tujuh buah hospital dan klinik kesihatan terpilih di negeri ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *