Home » Langit Terbuka » Suspek tipu umrah ditahan di IPD Sepang

Suspek tipu umrah ditahan di IPD Sepang

Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.

KUANTAN 15 Feb. – Seorang lelaki yang dipercayai dalang kes penipuan pakej umrah yang dilakukan bersama suri rumah, Zaiton Man, atau lebih dikenali sebagai Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin di sini, tahun lalu, ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, kira-kira jam 3 petang tadi.

Menurutnya, pengadu dalam kes ini ialah Kak Ton yang membuat laporan, ditipu suspek membabitkan wang berjumlah RM300,000 bagi pakej umrah pada bulan Disember tahun lalu.

“Pengadu telah memasukan wang itu ke dalam akaun Maybank syarikat terbabit pada bulan November 2016 hingga Oktober 2017,”  katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini

Bagaimanapun, jelasnya, syarikat terbabit tidak dapat menyediakan pakej umrah tersebut dan gagal memulangkan  semula wang pengadu.

Dalam pada itu, Mohd Wazir disebabkan itu pengadu mendakwa dia telah ditipu boleh suspek dalam urusan tempahan pakej umrah yang tidak wujud.

Tambahnya, suspek akan di bawa ke IPD Kuantan untuk tindakan selanjutnya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *