Home » Citra Yadim » SY dicadang anjur sesi town hall dengan Menteri

SY dicadang anjur sesi town hall dengan Menteri

Zolkharnain (dua dari kanan) semasa menjadi ahli Panel Forum “Islam dan Perlembagaan Persekutuan’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

GOMBAK – Ahli ahli Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY YADIM) dicadangkan untuk menganjurkan sesi town hall bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan penjelasan mengenai Gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, dengan cara ini, ahli ahli SY boleh mendapatkan penjelasan daripada Menteri sendiri mengenai pendekatan yang kini diterapkan oleh kerajaan.

“YADIM bersedia membantu menganjurkan  sesi town hall ini bersama menteri (Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf. Dalam sesi berkenaan nanti, ia boleh menyentuh tentang Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah.

“Saya akan bekerjasama  dengan SY untuk anjurkan sesi berkenaan, saya rasa Menteri akan turun ke semua universiti untuk menjalankan sesi town hall mengenai gagasan berkenaan ” kata beliau.

Zolkharnain berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peserta dalam Forum bertajuk “Islam dan Perlembagaan Persekutuan’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini malam tadi (27 Mac 2019).

Beliau diajukan soalan daripada peserta mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diberi tafsiran berbeza oleh sesetengah pihak.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kedudukan SY selepas YADIM distruktur semula, Zolkharnain menjelaskan, pergerakan pelajar itu akan berjalan seperti biasa.

“Statusnya bagai sebuah platform mahasiswa bergerak aktif di universiti dengan bantuan YADIM kekal seperti biasa, tidak ada apa apa perubahan, kecuali perubahan struktur yang sangat minimum di peringkat pentadbiran.

“Malah kita akan perkasakan SY dengan aktiviti lebih berkesan, sambungan daripada kepimpinan terdahulu, jadi tidak perlu bimbang apa apa,” jelas beliau.

Forum anjuran SY UIAM itu berjaya menarik hampir 300 hadirin termasuk dari universiti luar seperti pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya, serta bekas bekas plajar UIAM sendiri.

Selain Zolkharnain, ia turut menampilkan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, juga bekas Yang Dipertua YADIM sebelum ini, serta Pensyarah Kuliyyah Undang Undang Ahmad Ibrahim UIAM, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.

Ia dirasmikan olh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIAM, Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *