Home » Langit Terbuka » Syarat sijil halal perlu diperketatkan demi kualiti

Syarat sijil halal perlu diperketatkan demi kualiti

KOTA BHARU 16 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak bercadang memberi kelonggaran kepada usahawan bumiputera Islam untuk memohon sijil halal bagi produk mereka, sebaliknya akan mengekalkan prosedur sedia ada.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sijil pengesahan dan logo halal dikeluarkan oleh Jakim bukan sahaja sah di negara ini malah turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu katanya, syarat dan prosedur ketat yang ditetapkan sebelum pemohon memperoleh sijil dan logo tersebut perlu dikekalkan demi menjaga kualiti kesemua produk yang diperakui halal oleh Jakim.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang mempelopori persijilan halal sehingga diakui dan diiktiraf banyak negara-negara lain. Memandangkan standard logo halal Malaysia sudah tinggi, kita tidak boleh berkompromi.

“Sebab itu untuk pihak Jakim menurunkan piawaian bagi memenuhi keperluan usahawan bumiptera Islam adalah satu tindakan yang tidak akan dilakukan,” katanya selepas merasmikan Seminar Persijilan Halal Peringkat Negeri Kelantan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *