Home » Langit Terbuka » Syiah tetap sesat

Syiah tetap sesat

Mufti Kelantan, Datuk Mufti Kelantan berkata, ajaran Syiah juga tidak termasuk dalam hak kebebasan beragama yang boleh diamalkan sebagaimana agama-agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan. - Foto OhBulan

KUALA LUMPUR – Ajaran Syiah yang difatwakan sebagai sesat di negara ini tidak seharusnya diamalkan dan disamakan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ajaran Syiah juga tidak termasuk dalam hak kebebasan beragama yang boleh diamalkan sebagaimana agama-agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya nak tanya Syiah ini agama apa? Jika ia dah difatwa sebagai sesat bagaimana nak diamalkan sedangkan di sisi Islam sendiri ia sudah terbukti menyeleweng dan tidak dibenarkan.

“Seseorang itu seharusnya faham sama ada daripada sudut pandangan agama mahu pun undang-undang negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, umat Islam yang mempunyai perselisihan pendapat perlu berpegang kepada aliran perdana bagi mengelakkan diri terjerumus kepada kesesatan.

“Negara di rantau Asia Tenggara ini semua negara berpegang kepada ASWJ dan hadis nabi berpesan sekiranya kamu berselisih, kamu perlu pegang aliran perdana. Maka aliran perdana di Malaysia adalah ASWJ.

“Syiah sesat sama seperti ajaran sesat lain,” ujarnya.

Selain itu, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah memutuskan bahawa semua jenis ajaran Syiah sesat serta menafikan segala dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah mempunyai persamaan dengan pegangan ASWJ. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *