Home » Langit Terbuka » Kuota haji kekal

Kuota haji kekal

Mujahid berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan haji dan ia tertakluk kepada budi bicara pihak Arab Saudi untuk meluluskannya. - Foto Malaysia Dateline

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan laporan portal akhbar tempatan kononnya umat Islam negara ini kehilangan 10,000 kuota tambahan bagi menunaikan ibadat haji setiap tahun, berikutan hubungan dingin antara kerajaan dan Arab Saudi.

Mujahid berkata, kuota haji yang diberi kepada Malaysia kekal sebanyak 30,200 orang.

Pada masa sama, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan dan ia tertakluk kepada budi bicara pihak Arab Saudi untuk meluluskannya.

“Justeru, dakwaan yang dibuat Asyraf (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) menerusi portal itu tidak tepat.

“Media yang melaporkan itu dinasihatkan merujuk terlebih dahulu fakta dan dakwaan yang dilemparkan kepada pihak berkuasa, terutama Tabung Haji (TH) yang diberi kuasa menguruskan jemaah haji Malaysia.

“Ia kerana laporan yang tidak tepat ini memberi kesan kepada rakyat khususnya umat Islam, orang ramai tidak seharusnya mempercayai ‘bulat-bulat’ maklumat diberi pihak luar yang tiada kuasa untuk bercakap mengenai isu berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya, hari ini.

Mengenai permohonan kuota tambahan, Mujahid berkata, kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai tarikh tepat untuk memberikan jawapannya.

“Menurut rekod TH, mereka pernah menerima jawapan berhubung kuota tambahan dari Arab Saudi pada bulan Ramadan, Zulkaedah, malah kadang-kadang pada bulan Zulhijjah,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *