Syiah tetap sesat

KUALA LUMPUR – Ajaran Syiah yang difatwakan sebagai sesat di negara ini tidak seharusnya diamalkan dan disamakan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ajaran Syiah juga tidak termasuk dalam hak kebebasan beragama yang boleh diamalkan sebagaimana agama-agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan. “Saya nak tanya Syiah […]

Kuota haji kekal

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan laporan portal akhbar tempatan kononnya umat Islam negara ini kehilangan 10,000 kuota tambahan bagi menunaikan ibadat haji setiap tahun, berikutan hubungan dingin antara kerajaan dan Arab Saudi. Mujahid berkata, kuota haji yang diberi kepada Malaysia kekal sebanyak 30,200 orang. Pada […]

TH nafi dakwaan kehilangan kuota haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyangkal kenyataan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan bahawa umat Islam kini telah hilang kuota tambahan haji. Menurut Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, dakwaan Dr. Ashraf bukan sahaja memberi kekeliruan tetapi juga tidak benar sama sekali. Tabung Haji berkata lagi, Dr. Asyraf telah […]

Kerajaan tetap bantu Melayu, Islam

SEREMBAN – Kerajaan negeri tetap membantu masyarakat Melayu dan institusi Islam melalui pelbagai program dan peruntukan yang disalurkan untuk tujuan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, malah, ada antara tindakan itu dibuat di luar daripada janji. Antaranya, kata beliau, ialah menaikkan elaun bilal daripada RM200 kepada RM500, elaun siak daripada RM200 kepada RM450 […]

Sultan Perak larang imam luar negara pimpin tarawih

PETALING JAYA – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Sultan Azlan Shah tidak membenarkan imam-imam dari luar negara menjadi imam tarawih di semua masjid di negerinya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Oleh itu, Jabatan Mufti Perak mengesyorkan masjid-masjid dan surau-surau di Perak menggunakan khidmat pelajar tahfiz tempatan untuk memimpin solat tarawih. “Sultan Perak tidak […]

‘Saya tak reda Islam dirobek’

KUALA LUMPUR – Saya tidak akan reda dan membiarkan Islam dirobek-robek dengan apa cara sekali pun,” tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan itu beliau hairan apabila ada pihak yang menggunakan sentimen agama ‘menyucuk’ rakyat kononnya kerajaan lemah dan tidak mempertahankan Islam. Tegasnya, sedangkan sejak kerajaan baru memerintah penegasan untuk memelihara Islam seperti […]

RM7 kadar zakat fitrah Negeri Sembilan

SEREMBAN – Kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Negeri Sembilan tahun ini ialah RM7 seorang, naik 50 sen berbanding tahun lalu. Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Husein berkata, bagi memudahkan orang ramai, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan akan membuka kaunter kutipan zakat setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan […]