Home » Langit Terbuka » Tadbir urus hal ehwal agama diteruskan walaupun dalam kekangan

Tadbir urus hal ehwal agama diteruskan walaupun dalam kekangan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Ahmad Marzuk Shaary. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR – Tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat persekutuan akan diteruskan meskipun berdepan kekangan ketika ini susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berada dalam tempoh rawatan selepas disahkan positif COVID-19.

Timbalan Menterinya, Ahmad Marzuk Shaary berkata beliau akan memastikan tadbir urus hal ehwal Islam berjalan lancar demi tanggungjawab kepada rakyat.

“Insya-Allah perjalanan urusan pentadbiran dan pengurusan jabatan dan agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama akan diuruskan sebaiknya demi tanggungjawab kepada semua, walaupun dalam kekangan situasi sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Marzuk juga memaklumkan meskipun dalam tempoh rawatan, Zulkifli sempat meluangkan masa dihubungi beliau untuk berbincang mengenai beberapa perkara melibatkan urusan pentadbiran dan perancangan terdekat.

Menurut Marzuk, Zulkifli kini berada dalam keadaan yang sihat dan mendapat rawatan yang sebaiknya.

Dalam pada itu, Marzuk memaklumkan beliau sudah menjalani ujian saringan COVID-19 kali pertama pada 27 September lalu dan disahkan negatif.

Ujarnya sementara menunggu keputusan ujian saringan kali kedua, beliau akan kekal menjalani kuarantin kendiri di rumah. — AlHijrah Online

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *