Home » Langit Terbuka » Jemaah umrah bebas Covid-19

Jemaah umrah bebas Covid-19

Arab Saudi memfokuskan pada empat elemen utama – pencegahan, pembasmian kuman, pemindahan dan kesedaran – sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk meneruskan semula umrah. - Foto TRT World

RIYADH – Setakat ini tidak ada kes jangkitan koronavirus yang dilaporkan dalam kalangan jemaah umrah.

“Pada hari keempat ziarah, kami menerima sekitar 24,000 jemaah, tidak ada yang menunjukkan gejala virus,” kata Jurucakap Ketua Umum Dua Masjid Suci dalam satu kenyataan yang memuji para jemaah kerana mengikut peraturan langkah-langkah pencegahan.

Jurucakap itu memaklumkan Arab Saudi memfokuskan pada empat elemen utama – pencegahan, pembasmian kuman, pemindahan dan kesedaran – sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk meneruskan semula umrah.

Menurut jurucakap, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam menyediakan empat pusat pengasingan kesihatan bagi mana-mana jemaah yang menunjukkan simptom virus dan mereka yang disyaki dijangkiti.

Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan umrah secara berperingkat-peringkat pada 4 Oktober, setelah ditangguhkan sejak pertengahan Mac bagi mencegah penyebaran koronavirus.

Warga negara dan penduduk dibenarkan mengerjakan umrah dengan kapasiti 30 peratus, atau 6,000 jemaah sehari, yang akan secara berperingkat-peringkat. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *