Home » Langit Terbuka » Tadika Islam Maiwp beri yuran percuma

Tadika Islam Maiwp beri yuran percuma

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR: Pelajar tadika Islam di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kurang berkemampuan akan menikmati yuran pengajian percuma.

Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata inisiatif itu akan dinikmati pelajar daripada keluarga golongan asnaf dan B40 di Wilayah Persekutuan.

“Sebelum ini golongan asnaf dan B40 masing-masing dikenakan yuran sebanyak 20 ringgit dan 50 ringgit,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja memantau operasi tadika kelolaan MAIWP di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras..

Menurutnya tadika Islam di bawah MAIWP telah beroperasi dengan mengamalkan norma baharu.

“Ibu bapa diberi jaminan untuk hantar anak mereka di sini dan kita mengikuti SOP begitu ketat di mana sebelum masuk pelajar akan diambil suhu badan dan juga mensanitasi tangan.

“Amalan penjarakan sosial juga diamalkan dengan setiap kelas sepatutnya ada 20 pelajar jadi kita kurangkan kepada 10 sahaja,” katanya.

Setakat ini, 69 buah tadika MAIWP di Kuala Lumpur, tujuh buah di Putrajaya dan empat buah di Labuan mula beroperasi pada 7 Julai. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *