Home » Langit Terbuka » Anugerah Adib bagi mengenang ‘wira merah’

Anugerah Adib bagi mengenang ‘wira merah’

Ahli Parlimen Iskandar Puteri,Lim Kit Siang berkata, penganjuran pemberian anugerah secara tahunan itu akan disampaikan kepada individu yang menyumbang kepada pembangunan dan perpaduan masyarakat - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – ‘Anugerah Adib’ dicadang diwujudkan sebagai tanda penghargaan jasa dan pengorbanan ‘wira merah’ itu merungkai pergolakan susulan rusuhan kuil di Seafield, pada 27 November lalu.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri,Lim Kit Siang, ketika menyuarakan cadangan itu berkata penganjuran pemberian anugerah secara tahunan itu akan disampaikan kepada individu yang menyumbang kepada pembangunan dan perpaduan masyarakat.

“Adib bukan sekadar wira, tetapi wira kepada semua rakyat di negara ini. Jasanya harus diangkat sebagai inspirasi dalam membangun dan menyatupadukan Malaysia.

“Ia sekali gus menjadi contoh di pentas dunia mengenai kejayaan Malaysia sebagai negara majmuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang berkata, kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang meruntun hati seluruh negara ketika ini dieksploitasi anasir tertentu bagi mencetuskan ketegangan penganut pelbagai agama.

Beiau menambah, langkah keji itu akhirnya menyaksikan beberapa bibit pelakuan yang menjejaskan ketenteraman awam, sekali gus mengundang kesan negatif terhadap keselamatan masyarakat.

“Saya tidak fikir ini apa Adib mahukan kerana beliau mengabadikan diri demi menyaksikan keharmonian, kejayaan dan kemakmuran pembangunan masyarakat berbilang kaum, bangsa serta agama,” katanya.

Muhammad Adib, 24 yang bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Subang Jaya dilaporkan cedera dipukul oleh perusuh ketika cuba memadamkan kebakaran beberapa kenderaan di Kuil Sri Maha Mariamman, dekat Seafield.

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *