Home » Langit Terbuka » Inkues perlu bagi lengkap siasatan secara menyeluruh

Inkues perlu bagi lengkap siasatan secara menyeluruh

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pihaknya menyokong dan menyambut keputusan mengadakan inkues yang sekali gus dapat mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib- Foto FMT

PUTRAJAYA – Inkues dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah perlu bagi melengkapkan siasatan membabitkan anggota bomba itu secara menyeluruh dan sempurna.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menyokong dan menyambut keputusan mengadakan inkues yang sekali gus dapat mengenal pasti punca kematian.

“Dalam soal ini, saya rasa Kementerian Dalam Negeri telah melakukan keputusan wajar selepas membuat siasatan awal dan mereka fikir sewajarnya mengadakan inkues.

“Jadi kita terserah kepada inkues dijalankan dan apa jua keputusan, majistret akan membuat keputusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan Wira Riben Merah di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini hari ini.

Menurut Zuraida lagi, keputusan bedah siasat telah dibentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), maka mengadakan inkues dibuat daripada hasil penemuan itu.

“Dalam inkues ini, beberapa pakar perubatan yang merawat Allahyarham akan dipanggi, malah turut membabitkan saksi-saksi kejadian,” katanya.

Kerajaan semalam mengarahkan inkues dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Se­langor pada 27 November lalu.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas kepadanya menerusi perbincangan selepas dapatan tertentu mengenai sebab kematian Muhammad Adib ditemukan.

Pada majlis itu, Zuraida menyerahkan simbolik penyerahan kenaikan pangkat Gred KB22 kepada bapa Muhammad Adib iaitu Mohd. Kassim Abdul Hamid.

Zuraida juga menyampaikan pelbagai sumbangan kepada keluarga Muhammad Adib yang keseluruhannya berjumlah RM298,755.-Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *