Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun ini

SHAH ALAM – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijah 1444 Hijrah. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman pada Ahad. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, […]

YADIM Interaktif Bicara Dakwah di Surau Taman Bunga Raya

SUNGAI PETANI – Selain Bedong, YADIM Kedah juga telah mengadakan satu lagi program sempena Aidiladha pada 3 Julai. Program YADIM Interaktif Bicara Dakwah sempena Aidiladha telah berlangsung di Surau Taman Bunga Raya di sini kerjasama Ahli jawatankuasa dan Biro Kebajikan surau berkenaan dengan kehadiran 47 orang peserta. Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad yang […]

Bicara Dakwah sempena Aidiladha

BEDONG – Bertempat di Surau Ar Rahman di sini, YADIM Kedah telah mengadakan program ceramah kepada penduduk setempat pada 3 Julai. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Mohd Asyraf Naim Mohd Yusof. Anjuran bersama dengan Surau Ar Rahman, program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Surau, Ustaz Azhar Norizan Hassan dan Penyelaras Masjid Pejabat Agama […]

Aidiladha disambut Ahad, 10 Julai

PETALING JAYA: Umat Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini.ADVERTISEMENT Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman malam ini. “Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan […]

Sumbangan Aidiladha SAY Sungai Petani

SIDAM KIRI – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani meneruskan usahanya menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di kawasan ini. Terbaharu pada 17 Julai sebanyak 15 keluarga dari golongan pesakit kronik, ibu tunggal dan warga emas disantuni . Mereka merupakan penduduk dari Kampung Lubuk Saga, Kampung Padang Buluh dan Kampung Baru Pinang Tunggal. […]

Aidiladha: Hayati, ambil iktibar pengorbanan Nabi – PM

KUALA LUMPUR –  Seluruh umat Islam perlu menghayati dan mengambil iktibar kisah serta sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anak baginda, Nabi Ismail AS. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut umat Islam seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian besar. “Bagi umat Islam di Malaysia, iktibar daripada […]

Selangor benarkan solat sunat Aidiladha dengan penjarakan 1.5 meter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan solat sunat Aidiladha diadakan di semua masjid dan surau negeri dengan kaedah jemaah secara terbuka (first come, first serve) sehingga memenuhi kapasiti sebenar ruang solat dan mematuhii penjarakan sosial 1.5 meter. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi kenyataan berkata hanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz […]

COVID-19: Masjid guna sangkar hidraulik untuk korban

KUALA LUMPUR – Pengurusan 10 masjid di Wilayah Persekutuan akan menggunakan sangkar hidraulik ketika melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha, mulai Jumaat ini. Pendekatan bersandarkan hasil Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu dipilih, selari keperluan pengurusan masjid untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan penularan wabak COVID-19. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan […]

Pekerja asing di Melaka dibenar tunai solat Aidiladha di premis

MELAKA – Pekerja warga asing di negeri ini dibenarkan melaksana solat sunat Aidiladha sesama mereka dalam kawasan premis masing-masing namun perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata majikan yang menggaji warga asing boleh mengemukakan permohonan berhubung perkara itu kepada Jabatan Mufti Melaka […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 31 Julai

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, […]