Lelaki 100 tahun, bekas guru Al Quran, ibu tunggal antara disantuni YADIM – CIMB Islamic

PASIR PUTEH – Seramai enam lagi asnaf yang memerlukan disantuni dalam program YADIM Peduli: Bantuan Ramadhan/Aidilfitri bersama Cimb Islamic Bank Berhad di sini pada 10 Mei. Kali ini asnaf yang dikenalpasti memerlukan merupakan penduduk dari Kampung Kenak, Bunut Susu, Kampung Bakong, Pasir Mas dan Kampung Gong Serai Hilir, di sini. Antara yang menerima bantuan ialah […]

Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM 1442 CIMB Islamic di Bau.

BAU – CIMB Islamic Bank Berhad sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) di negeri ini menyantuni golongan yang memerlukan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.   Jika sebelum ini, program Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM diadakan di Kuching, kali ini ia diadakan Dewan Kampung Bunga Rampai Batu Kitang di sini menyantuni seramai 30 orang asnaf […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Suli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa […]

Pulau Pinang benar solat jemaah 3 orang, tangguh solat Aidilfitri

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau di negeri ini dengan menetapkan beberapa garis panduan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Pengarah JHEAIPP, Zulkifli Long berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal Kariah Majlis Agama […]

Jangan ziarah kubur Aidilfitri ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dan menziarahi kubur pada Aidilfitri tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM tidak akan mengeluarkan dasar atau prosedur operasi standard (SOP) tambahan menjelang Aidilfitri ini. Katanya, sambutan hari raya tahun ini perlu dibuat di luar kelaziman […]

Mesir tambah waktu perintah berkurung sepanjang Aidilfitri

KAHERAH – Mesir akan menambah empat jam lagi untuk tempoh berkurung bermula jam 5 petang dan semua pengangkutan awam digantung berkuatkuasa 24 Mei ini selama enam hari semasa perayaan Aidilfitri. Kedai-kedai, restoran, taman-taman dan pantai akan ditutup untuk cuti panjang pada akhir bulan Ramadan dan larangan pergerakan warga dikekalkan sekurang-kurangnya dua minggu selepas itu, kata […]

Ziarah Kasih SAR di Sijangkang

SIJANGKANG – Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 17 Mei telah menyantuni golongan yang memerlukan di kampung ini. Sebanyak tujuh keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai dalam program kali ini. Sumbangan kecil ini sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban mereka yang akan […]

Umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh solat Jumaat, berjemaah esok

PUTRAJAYA – Semua masjid, Surau Jumaat dan surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan mulai esok (15 Mei). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, […]

Ziarah hari pertama Raya sahaja

PUTRAJAYA – Hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. Menurutnya, prosedur […]

SOP solat Jumaat, solat berjemaah sepanjang PKPB diketahui Khamis ini

TAPAH – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri […]