Jemaah hadir ijtimak tabligh dilarang ke masjid hingga sah sihat

KANGAR – Jemaah dari Perlis yang menghadiri perhimpunan ijtimak (perjumpaan) tabligh di Masjid Sri Petaling akhir bulan lalu ditegah ke masjid, solat berjemaah di masjid dan menghadiri solat Jumaat. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta mana-mana jemaah tabligh yang mengalami tanda-tanda awal jangkitan COVID-19 segera menjalani pemeriksaan kesihatan dan hanya ke masjid […]

Mufti nasihat Zakir Naik tak terlibat acara di Perlis

KANGAR – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan penganjur mengecualikan Dr Zakir Naik daripada acara di negeri itu yang bermula hari ini (16 Ogos). Nasihat itu dibuat dengan mengambil kira “maslahat” Dr Zakir dan keluarga penceramah kelahiran India itu. “(Tangguh acara Dr Zakir) bukan kerana benci pada dia tetapi untuk kebaikan dia dan […]

Malaysia perlukan pendekatan agama lebih moderat, progresif

SHAH ALAM – Luahan seorang pelakon, Yana Samsudin yang berkongsi rasa sedih apabila keluarganya turut terpalit dalam kontroversi sebuah telefilem terbitannya mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Dr Asri memuat naik status di Facebooknya menjelaskan isu-isu seperti itu menuntut untuk kita menilai semula pendekatan pengajaran agama Islam yang didedahkan kepada masyarakat […]

Mufti nafi dakwaan kononnya Perlis sembahyang sembah bulan

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan. Beliau berkata solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah […]

Mufti Perlis sambut baik Malaysia enggan hantar Zakir Naik ke India

PETALING JAYA – Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik keengganan Putrajaya menghantar Dr Zakir Naik ke India untuk berdepan pertuduhan pengubahan wang dan mendakwa pengkritiknya lebih setia kepada India berbanding Malaysia. Asri, seorang daripada penyokong paling lantang pendakwah kontroversi dari India itu, turut menggesa umat Islam menyokong pendirian Dr Mahathir Mohamad yang tidak […]

Suspek utama bakar kereta mufti Perlis ditahan

KANGAR – Polis Perlis berjaya menahan suspek utama yang membakar kereta rasmi mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di negeri ini, kelmarin. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata suspek yang dikenali Zaini itu disyaki bertanggungjawab membayar upah kepada seorang lagi suspek dikenali Mie Tomoi melakukan perkara tersebut. Menurutnya, pihaknya masih lagi […]

Dr Mohd Asri berniat baik tapi kenyataannya mengelirukan

KUALA LUMPUR – Kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berhubung kedudukan Islam dikatakan terancam bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) adalah berniat murni, namun ia mengelirukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau yakin status Facebook Dr Mohd Asri yang ingin mendapatkan pandangan orang ramai berhubung isu […]

Tindakan hina Islam sudah dijadikan trend

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan menghina Islam bukan lagi kes terpencil sebaliknya telah menjadi trend yang cuba membakar kemarahan umat Islam di negara ini. Katanya, hal demikian kerana masih terdapat hantaran-hantaran di media sosial yang menghina Islam dilakukan oleh segelintir masyarakat bukan Islam. Sehubungan itu, Mohd. Asri meminta […]

Fuziah setuju istilah pengganas perlu tafsiran lebih jelas

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengakui ada keperluan istilah pengganas didefinisikan secara lebih jelas bagi mengelakkan ia terus disalah tafsir khususnya oleh masyarakat Barat yang sering mengaitkannya dengan agama Islam. Katanya beliau percaya tafsiran yang jelas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya. “Pengganas […]

Mufti cadang pendidikan wajib 6 tahun di sekolah pupuk perpaduan

PETALING JAYA – Dengan berkata kurangnya “pengalaman bersama” dalam kalangan anggota komuniti yang berbeza, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa kerajaan mewajibkan rakyat Malaysia mengikuti pendidikan 6 tahun pertama di sekolah kebangsaan. “Ketiadaan persamaan dari sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan,” […]