Home » Langit Terbuka » Mufti nasihat Zakir Naik tak terlibat acara di Perlis

Mufti nasihat Zakir Naik tak terlibat acara di Perlis

Bimbang berlaku gangguan pihak tertentu,Asri menasihatkan Zakir Naik dikecualikan dari satu program di Perlis. - Foto FMT

KANGAR – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan penganjur mengecualikan Dr Zakir Naik daripada acara di negeri itu yang bermula hari ini (16 Ogos).

Nasihat itu dibuat dengan mengambil kira “maslahat” Dr Zakir dan keluarga penceramah kelahiran India itu.

“(Tangguh acara Dr Zakir) bukan kerana benci pada dia tetapi untuk kebaikan dia dan keluarga dia.

“Umat Islam secara umumnya mahu kita berikan laluan pada Dr Zakir. Majoriti mahukannya,” kata Asri ketika dihubungi Malaysiakini.

Nasihat mufti itu dinyatakan secara rasmi dalam surat kepada penganjur One Centre Malaysia, sebuah NGO dakwah Perlis, hari ini.

“Untuk kemaslahatan Dr Zakir dan keluarga beliau, maka pihak jabatan ini ingin menasihatkan pihak tuan supaya mengecualikan beliau dan keluarga dalam program Malaysia Reverts Camp 2019,” menurut surat yang dilihat Malaysiakini.

Surat itu juga menyatakan kebimbangan berlakunya gangguan terhadap Zakir dan keluarganya disebabkan isu-isu yang akan dibangkitkan oleh “pihak yang berniat tidak baik”.

“Sehubungan dengan itu, usaha dakwah yang bersungguh-sungguh dari pihak tuan akan dapat diteruskan,” kata mufti lagi dalam surat itu.

Zakir sekeluarga – termasuk isteri dan dua anaknya – dijadual terlibat dalam acara tiga hari yang melibatkan ramai tokoh pendakwah mualaf terkenal, antaranya Xifu Naser, Shah Kirit, Firdaus Wong, Zamri Vinoth dan Ridhuan Tee. – Malaysiakini

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *