125 mangsa banjir DUNGUN terima sumbangan YADIM Terengganu

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 23 Disember bersama empat orang sukarelawan YADIM menyantuni 125 keluarga mangsa banjir di Hulu Dungun iaitu di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor menerusi program YADIM Peduli : Adhoc Bantuan Bencana Banjir 2020. Dua majlis ringkas penyampaian musaádah banjir diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Raja […]

YADIM Terengganu bantu mangsa banjir Hulu Besut

BESUT – Pasukan Gerakan Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan kerjasama Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan Undangan Negeri Hulu Besut pada 17 Disember menyantuni dan menziarahi mangsa-mangsa banjir di tiga perkampungan di sini. Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Bukit Cina, Kampung Seri Masin dan Kampung Padang Pelindung. Menerusi program YADIM Peduli […]

Mangsa banjir Pekan Nenas terima sumbangan YADIM Johor

PONTIAN – Seramai 13 keluarga yang menjadi mangsa banjir di sini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 16 Disember. Kesemuanya yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya Pekan di sini menerima sumbangan kit kebersihan dan makanan. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah. Terdapat seramai 40 dewasa dan […]

Bantuan banjir untuk Kampung Belakang Taman Sang Kancil

KULIM – Bertindak atas makluman rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 13 December telah melaksanakan misi bantuan banjir di sini. Sejumlah 35 keluarga dari Kampung Belakang Taman Sang Kancil menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, […]

Fatwa vaksin COVID-19: Kerajaan masih tunggu perkenan Agong

PUTRAJAYA – Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung fatwa penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai fatwa vaksin COVID-19 itu […]

Dr Zulkifli lancar Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 10 Disember telah melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di ibu pejabat badan dakwah tersebut di sini. Bilik gerakan tersebut kelak akan berfungsi menyelaras urusan bantuan bencana banjir di seluruh negara yang akan dilaksanakan […]

BIAR GAMBAR BERBICARA…. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Akibat air sungai yang melimpah kerana hujan lebat, jalan ke Kampung Lingga, Kiulu Tiuaran tidak dapat dilalui, walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Bagaimanapun ia tidak menghalang semangat kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang nekad menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung yang memerlukan. […]

Yadim Kelantan sumbang 1,500 keping pelitup muka

KOTA BHARU – Cakna dengan keperluan dan kebajikan anggota bomba dan penyelamat di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 7 Disember telah menyantuni petugas barisan hadapan ini. Sejumlah 1,500 keping pelitup muka disumbangkan bagi kegunaan anggota bomba yang kini bukan sahaja membantu membendung penularan Covid-19, tetapi juga siap siaga menghadapi banjir yang […]

Ziarah Mangsa Banjir Bukit Payong

MARANG – Misi ziarah mangsa banjir di negeri ini dilaksanakan pula di Bukit Payong di sini, oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Sebanyak 15 rumah diziarahi oleh YADIM Terengganu yang diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin pada 7 Disember. Mereka turut mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa bencana yang diziarahi. YADIM […]

100 mangsa banjir Kemaman terima sumbangan serta telekung

AIR PUTIH – Daerah Kemaman difahamkan adalah antara kawasan yang teruk dilanda banjir tahun ini. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 4 Disember telah menyalurkan bantuan kepada 100 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih di daerah itu yang terkesan dengan bencana tersebut. Selain barangan keperluan harian, turut disampaikan […]