Gotong royong pasca banjir Sukarelawan YADIM Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG- Bertempat di Kampung Batu 9 Kebun Bharu di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program berbentuk khidmat bakti pasca banjir. Mereka telah bekerjasama membersihkan dua kediaman di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini. Pasukan yang diketuai oleh Hasmawi Mahidin ini menghabiskan masa selama dua jam membersihkan kedua […]

Sumbangan kepada mangsa banjir Mukim Malau

JITRA – Prihatin dengan nasib penduduk Mukim Malau di sini yang menjadi mangsa banjir, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah tampil menghulurkan bantuan pada 28 November. Bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan Majlis Dakwah Negara, Dhuafa’ Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra, YADIM Kedah menyampaikan sumbangan kepada 18 mangsa banjir di sini. Turut sama ialah […]

Sukarelawan YADIM Raub bantu mangsa banjir Kampung Lepar

DONG – Prihatin dengan keadaan mangsa banjir di kawasan ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Raub tampil menghulurkan bantuan. Bersama pertubuhan badan bukan kerajaan Madinah Prihatin diketuaiUstaz Mohd Shahrizan Md Esadan wakil wakil komuniti, sebanyak empat rumah disantuni mereka di Kampung Lepar di sini pada 23 November. Lengkap dengan peralatan, mereka membantu membersihkan kediaman […]

Sumbangan pasca banjir untuk penduduk Ampangan

AMPANGAN – Selepas menyantuni penduduk Rahang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama badan pertubuhan bukan kerajaan, Rantaian Kasih Malaysia meneruskan inisiatif membantu mangsa banjir di sini pula. Seramai 20 keluarga di Kampung Datuk Mansor dan Kampung Jiboi di sini menerima sumbangan bakul makanan daripada YADIM dan wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi […]

YADIM Peduli  santuni 100 mangsa banjir di Rahang

RAHANG – Prihatin dengan nasib penduduk Kampung Semarak di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini, Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), serta YADIM Negeri Sembilan telah mengadakan program YADIM Peduli: Bantuan Pasca Banjir pada 15 November. Program yang disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad […]

Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan santuni mangsa banjir Kampung Puchong

SEREMBAN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 11 November telah mengadakan program menyantuni mangsa banjir di sini. Seramai 25 Sukarelawan YADIM dan ahli kariah Masjid Taman Angsa Mas, terlibat dalam kerja gotong royong membantu membersihkan kawasan kediaman penduduk di Kampung Puchong di sini. Sebanyak 10 buah kediaman yang terjejas dengan banjir […]

SAR Negeri Sembilan bersama YB Khairy Jamaluddin sampai sumbangan mangsa banjir

RANTAU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 Julai telah menyertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin melakukan walkabout menziarahi mangsa banjir di sini. Walkabout berkenaan di lakukan di Kampung Bemban, Kampung Sega Hulu dan Kampung Sega Hilir di kawasan Dewan Undangan […]

Mangsa banjir Putatan terima sumbangan barangan keperluan harian

PUTATAN – Daerah ini merupakan salah satu kawasan yang turut dilanda banjir di negeri ini bulan lalu. Cakna dengan nasib mangsa, yang sememangnya sudah terbeban dengan musibah Covid-19 sebelum ini,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah tampil menghulurkan sedikit sumbangan buat mereka menerusi program MyMusaadah Covid-19: YADIM Peduli Mangsa Banjir di Daerah Putatan pada 17 Julai. […]

MyMusaadah Covid-19 YADIM di Penampang

PENAMPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 15 Julai telah mengadakan program menyantuni mangsa banjir di dua perkampungan di daerah ini. Program MyMusa’adah Covid-19 YADIM Sabah itu telah memberi manfaat kepada 50 mangsa banjir di Kampung Dambai dan Kampung Pogun di sini. Pengarah YADIM Sabah,Samin Ongki telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada […]

YADIM Sabah tinjau mangsa banjir, atur bantuan segera

KOTA BELUD – Banjir di Sabah yang semakin buruk menyebabkan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan bertambah. Justeru, YADIM Sabah melaksanakan tinjauan keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan di sini dan di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum bertindak mengatur persiapan untuk menyantuni mangsa bencana itu. Pengarah YADIM Sabah,Samin Ongki yang melakukan tinjauan pada […]