Home » Citra Yadim » Mangsa banjir Putatan terima sumbangan barangan keperluan harian

Mangsa banjir Putatan terima sumbangan barangan keperluan harian

PUTATAN – Daerah ini merupakan salah satu kawasan yang turut dilanda banjir di negeri ini bulan lalu.

Cakna dengan nasib mangsa, yang sememangnya sudah terbeban dengan musibah Covid-19 sebelum ini,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah tampil menghulurkan sedikit sumbangan buat mereka menerusi program MyMusaadah Covid-19: YADIM Peduli Mangsa Banjir di Daerah Putatan pada 17 Julai.

YADIM Sabah yang diwakili oleh Pengarahnya, Samin Ongki dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Nurul Ihsan di sini, telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa mangsa banjir di sekitar daerah ini bagi meringankan beban ditanggung mereka dalam satu acara ringkas di masjid berkenaan.

Selesai acara agihan di masjid, Samin dan ahli jawatankuasa masjid kemudiannya menziarahi rumah rumah mangsa banjir di Kampung Ketiau di sini dan beberapa kawasan lain yang dikenalpasti untuk mengagihkan sendiri sumbangan kepada mereka.

Secara keseluruhan, sebanyak 50 keluarga menerima manfaat daripada program yang dianjurkan ini.

Sebelum Putatan, YADIM Sabah telah melaksanakan program yang sama di Beaufort, Papar, Kota Belud dan Membakut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *