Home » Citra Yadim » YADIM Sabah tinjau mangsa banjir, atur bantuan segera

YADIM Sabah tinjau mangsa banjir, atur bantuan segera

KOTA BELUD – Banjir di Sabah yang semakin buruk menyebabkan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan bertambah.

Justeru, YADIM Sabah melaksanakan tinjauan keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan di sini dan di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum bertindak mengatur persiapan untuk menyantuni mangsa bencana itu.

Pengarah YADIM Sabah,Samin Ongki yang melakukan tinjauan pada 28 Jun turut menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan daripada pelbagai agensi yang berada di pusat berkenaan.

Menurut Samin, pihaknya telahpun mengatur beberapa inisiatif untuk mangsa banjir di negeri itu.

Ketika tinjauan YADIM, seramai 99 mangsa daripada 53 keluarga telahpun dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Tun Said di sini.

Sementara itu, setakat jam 4 petang hari ini (29 Jun), mangsa banjir di Sabah berjumlah 1,209 orang mangsa daripada 322 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *