KKM siap siaga peningkatan kes Covid-19

KUALA LUMPUR – Setakat ini Malaysia tidak menyaksikan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di dalam negara serta kes yang memerlukan kemasukan ke hospital namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan di peringkat antarabangsa, khususnya di China. Sehingga 24 Disember 2022, sebahagian besar varian Covid-10 yang dikesan di Malaysia adalah varian […]

YADIM terima sumbangan topeng muka daripada Kedutaan China

PUTRAJAYA – Kerajaan China pada 17 April telah menyampaikan sumbangan 2,000 unit topeng muka kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat YADIM, di sini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Bahagian Media dan Komunikasi, Kedutaan Besar China di Malaysia, Tang Tang kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. […]

ISTAC dipelawa lawat Xinjiang

KUALA LUMPUR – Kerajaan China berhasrat mempelawa Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengadakan lawatan lapangan ke Beijing dan Xinjiang pada April atau Mei ini untuk mendapatkan perkembangan di wilayah itu secara langsung serta sahih, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian. Ini kerana katanya, hubungan Malaysia-China berkembang pesat […]

Abim tolak pelawaan China lawat Xinjiang

PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak pelawaan kerajaan China terhadap pengkritik dasarnya di Xinjiang supaya melawat ke wilayah itu. Jemputan itu dibuat susulan beberapa perhimpunan yang diadakan di luar kedutaan China di Kuala Lumpur, yang menyaksikan pegawainya enggan menerima memorandum yang membantah pelanggaran hak asasi manusia yang mensasarkan umat Islam di Xinjiang […]

Sedia jalin kerjasama dengan NGO China

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersedia menjalin kerjasama dengan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dari China. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, selain mengeratkan silaturrahim, ia juga merupakan peluang bagi badan dakwah itu untuk belajar tentang pelbagai perkara menerusi hubungan yang akan terjalin. “Kita ambil dan […]

Penyelesaian baru buat Uyghur mungkin dicapai, kata Erdogan

TURKI – Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, satu penyelesaian mungkin dicapai bagi membantu umat Islam yang ditahan di kem-kem tahanan di China, dengan mengambil kira sensitiviti kedua-dua negara. Turki adalah antara negara majoriti umat Islam yang sering mengkritik China berhubung penahanan kira-kira sejuta muslim etnik Uyghur, serta minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang. Erdogan dalam […]

Mujahid nafi kaitkan Xinjiang, Uighur dan berita palsu dalam ucapan di China

PETALING JAYA – Pejabat Mujahid Yusof Rawa hari ini (1 Jul) menafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pernah menggunakan perkataan Xinjiang atau etnik Uighur bersama perkataan “berita palsu” dalam teks ucapannya ketika melawat sebuah universiti di China minggu lalu. Katanya, Mujahid hanya menggunakan perkataan “berita palsu” untuk memberi gambaran ia mampu menjejaskan hubungan antara […]

Forum Antarabangsa ZhengHe erat hubungan China dan komuniti Islam

PUTRAJAYA – Forum Antarabangsa ZhengHe (ZIF) boleh digunakan untuk menjadi medan mengeratkan hubungan antara China dan komuniti Islam global. Menurut pakar dari Pejabat Penyelidikan Islam, Akademi Sosial Sains China, Li Lin, forum antarabangsa berkenaan bukan sahaja amat bersesuaian untuk tujuan itu, malah ia adalah platform terbaik untuk menjelaskan pelbagai isu yang melibatkan China dan negara […]

Malaysia perluas pasaran halal di 10 negara menerusi OBOR

SEOUL – Malaysia akan memperluas perkhidmatan halal ke 10 negara menerusi pelaburan AS$1 trilion China — inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan (OBOR), menurut Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Naib Presidennya Hanisofian Alias berkata, negara baharu itu termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir, Turkmenistan, Iran, Tajikistan, dan Bosnia dan Herzegovina. “Sepanjang laluan OBOR ini, terdapat kira-kira 10 negara […]

ATM kaji ancaman teknologi 5G

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia dalam proses mengkaji dan mengenalpasti sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara membabitkan teknologi generasi kelima (5G) yang dipelopori China. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, berkata hasil kajian itu kemudian akan diserahkan kepada kerajaan. “Kita perlu lihat semua teknologi yang masuk ke Malaysia, kita jangan mudah […]