YADIM alu alukan kerjasama lahir pendakwah pelbagai bangsa

HULU LANGAT – Sebagai inisiatif melahirkan lebih ramai pendakwah, khususnya golongan muda, YADIM amat mengalu alukan sebarang kerjasama dengan mana mana pihak untuk tujuan tersebut. Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya berkata, pihaknya mahu melahirkan pendakwah daripada etnik yang pelbagai di negara ini. “Masa depan mereka (pendakwah) Cina amat cerah, […]

Penyerahan limau untuk komuniti Tiong Hua Bachok.

BACHOK – Usaha menyantuni komuniti Cina di negeri ini dilaksanakan dengan konsisten oleh YADIM Kelantan. Terbaharu menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah menyantuni 20 keluarga Tiong Hua di sini. Majlis ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Induk Sukarelawan YADIM (SAY) Kelantan,  Monaliza Ramli, Ketua Daerah SAY Pasir Puteh, Cikgu Rodin Jaya, Ketua […]

50 set sumbangan buah limau untuk komuniti Cina Kuala Krai dan Gua Musang

GUA MUSANG – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua dalam menyebarkan dakwah, YADIM Kelantan telah menyampaikan 50 set sumbangan buah limau  kepada komuniti Cina Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang. Program pada 23 Januari ini diadakan sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba. Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah Pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang. Hadir sama […]

Dialog Keluarga Malaysia bersama komuniti Cina dan India Taman Tas

KUANTAN – Saling berkenalan, bercampur gaul dalam kehidupan bermasyarakat, tolong-menolong, ziarah menziarahi, mempelajari serta saling meraikan adat dan budaya antara kaum adalah antara kunci kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk. Semua perkara tersebut terdapat di dalam ajaran agama, justeru perlulah agama diberikan penekanan dalam pembentukan “Keluarga Malaysia.” Kerana itulah “Kepercayaan Kepada Tuhan” menjadi rukun negara Malaysia […]

Asnaf keturunan Siam, Cina turut terima sumbangan YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Negeri Kelantan hari ini (10 Februari) turun padang menyantuni 10 keluarga asnaf yang mempunyai ahli keluarga Orang Kelainan Upaya atau sakit terlantar di sekitar Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Gaal di sini. Bagi meringankan bebanan keluarga yang terlibat,  YADIM Negeri Kelantan menyerahkan sumbangan berbentuk makanan keperluan asas, […]

Rumah terbuka Jakim, kumpulan Cina Muslim pupuk persefahaman

KUALA LUMPUR – Ketika isu melibatkan ketegangan kaum kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suatu majlis rumah terbuka menyambut perayaan Tahun Baru Cina berlangsung dengan tujuan memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) bersama menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada […]