Solat jemaah, Jumaat dan status haji diketahui Khamis ini

PUTRAJAYA – Isu bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) akan diumumkan pada Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan perlu dibuat berdasarkan ketertiban yang diamalkan di negara ini. Jelas beliau ini kerana perbincangan khusus […]

Ibadah haji jemaah Singapura ditangguh ke 2021

SINGAPURA – Singapura membuat keputusan menangguhkan rancangan menunaikan ibadah haji tahun ini bagi 900 jemaahnya ke tahun depan berikutan penularan Covid-19, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 15 Mei. Muis memaklumkan keputusan itu dibuat dengan persetujuan Jawatankuasa Fatwa dan rundingan Kementerian Kesihatan (MOH). Katanya, Jawatankuasa Fatwa mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan menyokong keputusan […]

Malaysia akur pendirian Arab Saudi tangguh ibadah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akur pendirian Arab Saudi yang menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terpulang kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka lebih memahami keadaan di sana. Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengikuti perkembangan dari semasa […]

Tangguh dulu rancangan kerja haji

RIYADH – Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal. Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah. “Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai wabak global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. “Oleh itu, kita meminta […]

PVATTBM rayu perkenal semula kouta haji veteran tentera

PADANG BESAR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta agar kerajaan memperkenalkan semula kouta haji kepada veteran tentera. Presiden PVATTBM, Datuk Ismail Abidin berkata, veteran tentera pernah diberi kuota 400 tempat setahun untuk menunaikan fardu haji sementara veteran tentera yang daif dibantu untuk membina atau membaiki rumah. “Sebelum ini selama dua tahun […]

Gabenor Madinah kaji langkah lindungi jemaah haji

RIYADH – Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman mengkaji langkah pencegahan untuk melindungi para jemaah ketika musim haji akan datang. Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Putera Faisal turut menekankan kepentingan tentang memperkasakan langkah untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19). Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Haji di Madinah.. Putera Faisal menegaskan tentang keperluan untuk mematuhi […]

Wang pampasan mangsa kren tumbang bukti keprihatinan Raja Salman

KUALA LUMPUR – Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, terhadap mangsa dan waris insiden berkenaan, kata duta negara itu ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan. Katanya, walaupun syarikat […]

Jawatankuasa khas kaji turunkan kos haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji menurunkan kos urusan haji menerusi penubuhan jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Exco Urusan Haji di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata jawatankuasa berkenaan antara lain akan meneliti aspek-aspek yang menyebabkan kos menunaikan rukun Islam kelima itu tinggi, termasuk caj penginapan […]

475 jemaah haji terakhir selamat pulang

KUALA LUMPUR – Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 475 orang selamat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada 4.10 pagi tadi (13 September). Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini memberitahu, keseluruhan seramai 30,173 jemaah haji Malaysia selamat pulang, manakala 24 jemaah haji telah meninggal […]

Penerbangan MH8311 dari Jeddah lewat kerana isu teknikal

KUALA LUMPUR – Penerbangan MH8311 dikendalikan oleh Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah Malaysia Airlines, yang dijadual berlepas dari Jeddah jam 1.10 pagi Sabtu lalu ke Kuala Lumpur, mengalami kelewatan berpanjangan disebabkan isu teknikal dihadapi pesawat A380-800 yang mengendalikan penerbangan. Malaysia Airlines Berhad (MAB), dalam satu kenyataan hari ini, berkata masalah itu […]