Tidak benar kedudukan, kesucian Islam terancam

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, dakwaan bahawa kedudukan dan kesucian agama Islam terancam di bawah pentadbiran kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Beliau berkata, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan telah termaktub dalam Perlembagaan yang tidak akan diubah. Tegasnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil […]

10,000 aduan hina Islam dalam tempoh seminggu

SEREMBAN – Sebanyak 10,000 aduan berhubung penghinaan terhadap agama Islam diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh seminggu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jumlah aduan direkodkan oleh Unit Pemantauan Isu Hina Islam yang ditubuhkan sejak seminggu lalu adalah besar dan membimbangkan. Katanya, setiap aduan ditapis dan diteliti bagi memastikan ia […]

Penjara 10 tahun 10 bulan kerana hina Nabi

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook ‘Ayea Yea’, semalam dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun 10 bulan atas 10 pertuduhan memuat naik komen berbentuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998, turut mengarahkan hukuman penjara […]

Tiga lelaki didakwa hina Nabi Muhammad, Islam

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman sosial. Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah, manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan […]

Unit Pemantauan Isu Menghina Islam : Tangani Dengan Rahmah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyifatkan langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Unit Pemantauan Isu Hina Islam sebagai satu tindakan telus dan proaktif dalam menangani isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Penubuhan unit berkenaan yang diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof itu, adalah […]

Hina Islam: Jakim tubuh unit pemantau

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, unit tersebut ditubuhkan berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad dan perbuatan mempersendakan […]

Perbanyakkan Dialog, Elak Pertelingkahan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah agar menghentikan perbuatan mempersenda keperibadian Raslullah SAW dan mencemar kesucian Islam. Sebagai sebuah badan dakwah, YADIM berpendapat titah Baginda itu adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian dan dihayati oleh […]

Tindakan hina Islam sudah dijadikan trend

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan menghina Islam bukan lagi kes terpencil sebaliknya telah menjadi trend yang cuba membakar kemarahan umat Islam di negara ini. Katanya, hal demikian kerana masih terdapat hantaran-hantaran di media sosial yang menghina Islam dilakukan oleh segelintir masyarakat bukan Islam. Sehubungan itu, Mohd. Asri meminta […]

Kertas siasatan Namewee dibuka: KPN

KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee yang memuat naik klip video terbarunya bertajuk ‘Like A Dog, baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun, berkata polis kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung siasatan itu. “Kami sudah membuka kertas siasatan dan bekerjasama […]

Video anjing, Namewee tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – Selebriti kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee tampil memberi penjelasan mengenai klip video terbarunya yang dikatakan menghina sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Menurut Namewee, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana agama atau kaum di negara ini, malah klip video tersebut dibuat berdasarkan turutan kalendar […]